::Life Journey Of Wan::
Tuan Tanah

::Sentuh Gambar::





Entries About Linkies

Assalamualaikum
Thanks for visit
Leave your footsteps okey!
Please come again :)



Sahabat


Jerit sini



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Wan Awr
Others:   


Setahun lebih sudah

Assalamualaikum.

Hai korang. Sihat ke? Sorry sebab dah lama menyepi dan tak ber"blogwalking". Kenapa senyap? Haa meh sini nak cerita. Buka mata luas-luas dan baca dengan teliti ya. Dah macam apa je kan. Ni kes sebab dah lama tak berblogging. Eh 'berblogging'? Hentam sajalah nakk. Hahaha. Ok dah cukup. Kenapa tajuk di atas 'Setahun lebih sudah?'. Ada apa ni? Kenapa ni? Bagaimana ni? Em, begini kisahnya. Hahah. *boleh jadi guru bahasa melayu tak?*

Setahun lebih sudah ni sebab Wan dah lama tak update apa2. Sebab lepas SPM 2 tahun lepas terus senyap je kan. Apa yang jadi pun tak tahu la. Hahah. Begini kisahnya. Lepas habis je SPM sempat la buat kerja sendiri tanpa gaji. Eh, macam mana tu? Ala takkan tak tahu. Wan pun tak tahu macam mana nak terangkan. So lupakan kita terus ke cerita lain.

Beberapa bulan selepas SPM, macam biasa semua orang akan dapat tawaran dari pelbagai Universiti Awam/Swasta dengan kos yang berbeza. Tapi taktau la kenapa Wan lebih berminat untuk masuk Form 6. Sanggup tu tolak semua tawaran yang ada. Hehehe. Sempat la jugak duduk beberapa bulan dalam Form 6 tu. Dalam masa tu dapat kenal ramai cikgu Form 6 dan kawan-kawan dari sekolah lain.

bebudak aspuri F6

Lepas tu, umi suruh abang mohonkan panggilan kedua Uitm. Hahah. Taktau la kenapa umi rasa tak sedap hati. Mungkin masa depan Wan bukan kat situ kot. So bulan 11 tahun lepas dapat masuk Uitm Segamat. Alhamdulillah sekarang dah nak masuk sem 3 bulan 12 ni. Hihihi

My Classmate
Ok tu saja kot. Nanti Wan sambung lagi ya, Bye!

Hobi selepas SPM



Assalamualaikum

Selamat Malam uolls. Ok, malam ni terasa nak share something. Sebelum SPM kan, Wan dah siapkan list apa nak buat lepas SPM ni. Nak buat itu, nak buat ini.

That's why la bila kawan-kawan tanya " kenapa kau taknak kerja?'. Haih, suka hati la. Memang malas nak kerja. Kerja kat rumah pun tak selesai lagi. -.-''

Kadang, jeles jugak dengan diorang. Tiap bulan dapat gaji. Yelah, bila cuti duit pun cuti la. kehkehkeh. Biar la duduk rumah layan budak-budak lagi best. :D
Oppps, melebih pulak. Hehe

Ok, antara hobi yang Wan memang minat sangat nak buat adalah baking.



Wan suka sangat baking cake, cookies and something yang agak manis atau dikenali sebagai dessert. Bila lapar mula la menggeledah dapur cari barang. Kalau bahan tak cukup tu, ajak Umi keluar pergi kedai kek then angkut semua yang ada kat situ. Hahaha.

Setakat ni dah 3 jenis makanan dah buat.
Mula-mula "Pavlova". Sedap sangat. Manis dan masam. Sesuai untuk semua golongan. Hehe




Then, Wan try buat "Conggo Bars". Yang ni lagi sedap sebab ada chocolate chips dengan almond slices. Perghh! Bahagian atas dia ranggup. Sedap gila. Ni nak buat lagi ni.





Esoknya Wan buat "Banofee Pie". Yang ni kena ada pisang ye kalau nak buat. Memang sedap tapi manis macam pavlova. Tapi kenyang gila bila makan. Ada pisang, caramel bahagian tengah. Atas pulak whipping cream yang dihias dengan pisang and ada biskut as base dia. Nyummy! *no bake



#Sorry semua sebab gambar kat atas semua dari google. Tak sempat ambil gambar. Huhu

Ok, sampai sini saja entry untuk kali ni. Sekian :)